Thursday, October 13, 2022

Perbahasan RUU Pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959

Video here: https://fb.watch/g70Xz94hs4/

Perbahasan Pindaan Rang undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada 4 Oktober 2022.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan rang undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959. Antara seksyen yang menarik perhatian saya ialah fasal 11 untuk meminda seksyen 26 akta ini. Seksyen ini menyatakan bahawa peraturan-peraturan kesatuan sekerja di mana pekerja-pekerja yang telah dibuang kerja, diberhentikan atau bersara boleh dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja tertakluk kepada peraturan- peraturan kesatuan sekerja.
Saya mengalu-alukan kalau mereka yang sudah bersara boleh masih dikekalkan keanggotaannya. Akan tetapi saya rasa was-was dan ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri. Mereka yang telah dibuang kerja dan diberhentikan apakah yang akan affecting the keharmonian industri kalau mereka masih dikekalkan sebagai anggota kesatuan sekerja tersebut?
Apakah peraturan-peraturan perlu dipinda sejajar dengan seksyen ini supaya ia boleh harmonize dengan pindaan akta ini? Perenggan 11E untuk memansuhkan seksyen yang baharu bahawa keanggotaan kesatuan sekerja berdaftar tidak boleh terhad kepada sesuatu ras, agama atau kerakyatan. Ini ialah saya rasa sikap keterbukaan. Kalau kesatuan sekerja tidak boleh terhad kepada kerakyatan maksudnya kesatuan sekerja boleh menerima semua kerakyatan. Maksudnya sama ada warganegara Malaysia, sama ada pemastautin tetap ataupun pekerja asing. Itu satu clause yang enabling.
Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang pekerja asing ini. Bagaimana sama ada keanggotaan pekerja asing dalam trade union ini? Berapa angka statistik yang sedia ada dalam di kementerian, penyertaan pekerja asing? Ini adalah kerana ini boleh seperti Yang Berhormat Ipoh Barat menyatakan bahawa ada isu-isu forced labour yang berlaku di negara ini. Bagaimana seksyen-seksyen ini boleh memperbaiki keadaan supaya tidak berlaku keseriusan terhadap forced labour supaya boleh juga pekerja asing dimasukkan kepada trade union supaya hak-hak mereka boleh dilindungi. Ini adalah supaya perkara seperti forced labour ini dapat dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya membaca taklimat oleh kementerian bahawa peruntukan akta ini mematuhi peruntukan yang terkandung dalam bab buruh CPTPP ataupun Comprehensive and Progressive Trans-Pacific Partnership Agreement. Sebelum ini telah diubah, dipinda banyak legislation sejak tahun 2018 beberapa pindaan akta berkenaan dengan buruh telah dibuat. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada would it be the last one? Adakah apa-apa lagi yang perlu dipinda untuk memenuhi CPTPP? Ini adalah kerana kalau sekiranya masih belum lagi dipinda, maka tertangguhlah pelaksanaan ataupun ratifikasi Malaysia ke CPTPP.
Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri sama ada - ada apa- apa lagi undang-undang buruh selain daripada Trade Union Act ini, apa lagi yang perlu dipinda untuk memenuhi CPTPP? Untuk obligasi CPTPP ini antaranya ialah all workers have the right to establish and join unions. All workers may hold multiple membership in various unions. Foreign workers are eligible become union office-bearers. Adakah kesemua keperluan ini kita telah membuat pindaan? Ini adalah ini penting kerana sekiranya kita tidak menyertai CPTPP dengan cepat sudah tertangguh lama dan apakah masalah penangguhan ini?
Saya juga mendapat maklumat balas daripada pihak majikan, sebarang pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja ini bukan sahaja hak pekerja perlu didengar, bukan sahaja kesatuan kerja perlu didengar dan juga dari segi majikan.
Pihak majikan berasa risau bahawa satu risiko outbreak of strike tentang insiden- insiden mogok barangkali akan bertambah berikutan dengan undang-undang baharu yang kita bahas hari ini.
Sama ada, apakah langkah-langkah, assurance oleh Menteri bahawa risk outbreak of strike dapat dikurangkan? Itulah kerisauan dari segi pihak majikan.
Dari segi pihak kesatuan sekerja, mereka juga membangkitkan bahawa Jadual Keempat dalam RUU ini memasukkan selepas Jadual Ketiga berkenaan dengan Chapter 66A, 66B untuk Penal Code.
Antara lain ialah berkenaan dengan offences against the state, offences berkenaan dengan terrorism dan juga organized crime. Ada suara daripada pihak kesatuan sekerja bahawa Jadual Keempat ini ialah seperti satu pisau yang hanging over the labor movement. Satu pisau yang atas kepala labor movement kerana memperkenalkan Jadual Keempat ini maka kesatuan sekerja berasa mereka terugut kerana kesatuan sekerja ini ialah untuk memperjuangkan hak rakyat dan tidak terlibat dengan offences terrorism dan sebagainya. Saya minta satu pandangan dan juga penjelasan daripada Menteri.
Begitu juga, dengan domestic helpers dengan gig workers. Sekarang e-hailing dan p-hailing mereka tidak dapat menubuhkan kesatuan sekerja. Mereka hanya boleh berpersatuan dengan ROS sahaja, mendaftarkan diri sebagai persatuan (society) sahaja dan tidak ada hak dilindungi di bawah Trade Unions Act untuk collective bargaining, untuk collective agreement dan hak-hak di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
Itu kerana antara lain kelemahan undang-undang perburuhan kita, gig workers yang begitu ramai— saya menjangkakan ratusan ribu dari segi Foodpanda, gig workers, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.
Semua ini masih belum mendapat hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja. Begitu juga pembantu rumah, begitu juga security guard, kontraktor dengan cleaners dan sebagainya. Ini mereka telah dinafikan dan tidak dilindungi di bawah Trade Unions Act.
Juga satu kerisauan ada beberapa kesatuan sekerja yang telah menimbulkan kerisauan dan saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri tentang kepelbagaian kesatuan, multiplicity unions. Kita tahu bahawa dan kita ingin menggalakkan penubuhan trade unions.
Akan tetapi, sekiranya ada kerisauan sesetengah pihak bahawa kalau satu organisasi terlalu banyak kesatuan akan melemahkan perwakilan pekerja. Suara ahli kesatuan sekerja akan lebih menjadi lemah, solidariti pekerja akan menghadapi masalah. Itulah saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri bagaimana untuk membuat penerangan kepada kesatuan sekerja ini bahawa kepelbagaian kesatuan yang dicadangkan di bawah pindaan ini akan membawa kebaikan kepada mereka.
Ini kerana di bawah International Labor Organization (ILO) declaration on fundamental principles and rights of work and its follow-up 1998 protocol bahawa semua principles sebagai freedom association, effective recognition of the rights, the elimination of all forms of forced or compulsory labor, effective abolition of child labor and the elimination of discrimination in respect of employment and occupation. Keempat-empat prinsip ini perlu diketengahkan.
Saya minta penjelasan Menteri terhadap beberapa isu supaya hak-hak pekerja bukan sahaja gig workers, bukan sahaja kontrak dan sebagainya boleh diketengahkan dan sementara kita memenuhi obligasi antarabangsa sama ada ILO, sama ada CPTPP, sama RCEP dan juga hak-hak pekerja kita dapat dibela pada masa sama.
Itu sahaja, saya minta penjelasan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments: